Tuesday, 1 March 2011

MASJID BANDAR PERDA


TAJUK:


MASJID BANDAR PERDA PULAU PINANG


DISEDIAKAN UNTUK:


USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

PENSYARAH CTU551



DISEDIAKAN OLEH:


NUR SYAFIQA’ BINTI MOHD. ISMAIL

No Matrik :2010247846

Kumpulan: BMB2Ab



PROGRAM:

SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN ( KEPUJIAN ) ( KEWANGAN )
BM222



TARIKH HANTAR:

23 FEBRUARI 2011

TARIKH BENTANG:
17 FEBRUARI 2011




ISI KANDUNGAN
BIL
INDEX
1.
ABSTRAK
2.
LATAR BELAKANG
3.
CARA-CARA MENGHORMATI MASJID
4.
PENUTUP
5.
BIBLIOGRAPHI

ABSTRAK
                Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan atas izin dan limpah kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan kerja khusus ini dapat disiapkan dengan sempurna. Sesungguhnya, kejayaan saya ini bukan hanya datang daripada diri saya sendiri bahkan ini adalah usahasama daripada pelbagai pihak yang membantu saya untuk menyiapkannya. Disebabkan pada cuti pertengahan semester lepas saya tidak berpeluang untuk membuat sebarang temu ramah maka saya telah meminta pertolongan daripada ayah saya untuk menemu ramah bagi pihak saya.
                Masjid adalah tempat paling suci yang dibina. Masjid juga merupakan tempat untuk kita sebagai umat Islam untuk beribadat.  Ianya dibina untuk mempelihara kesucian agama kita iaitu agama Islam. Sebagai umat Islam, kita seharusnya selalu mengunjungi masjid dan menjaga kesucian masjid tersebut. Masjid juga merupakan rumah Allah S.W.T. kita harus selalu mengunjunginya kerana kita boleh memperolehi keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Masjid merupakan tempat yang paling sesuai untuk kita beribadah selain daripada surau dan kediaman kita sendiri.
                Masjid juga menyediakan pelbagai  kemudahan kita sebagai umat Islam seperti telekung, sejadah dan Al-Quran. Selain itu, kita boleh menunaikan solat Tahiyattul Masjid semasa kita pergi ke masjid. Ini dapat menunjukkan bahawa kita menghargai masjid tersebut. Kita bakal memperolehi keberkatan yang amat besar dan mendapat ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.
                Oleh itu, saya telah memilih masjid yang berdekatan dengan rumah saya iaitu Masjid Bandar Perda. Saya memilih masjid tersebut kerana ianya berdekatan dengan rumah saya dan saya sekeluarga sering menghadiri kuliah-kuliah yang diadakan di masjid tersebut. Selain daripada rekaannya yang unik, persekitaran masjid tersebut juga amat besar. Jika dahulu orang ramai akan berpusu-pusu ke Masjid Kebun Sireh, kini tidak lagi kerana pembinaan Masjid Bandar Perda benar-benar dapat menampung umat Islam yang menghadirkan diri mereka ke masjid.
PENDAHULUAN
                Saya ingin menceritakan mengenai institusi masjid yang berdekatan dengan rumah saya iaitu Masjid Bandar Perda. Menurut dalam enakmen Pentadbiran Agama Islam, seksyen 86 yang menyatakan bahawa:
1)     Masjid boleh pada bila-bila masa-
(a)   Membenarkan sesuatu bangunan didirikan untuk digunakan sebagai masjid;
(b)   Membenarkan penggunaan mana-mana bangunan sebagai masjid; atau
(c)    Menetapkan mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain menjadi masjid
2)      Masjid tidak boleh memberikan kebenarannya atau membuat penetapan dalam di bawah sub-seksyen (1) melainkan jika tapak bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan.
3)     Masjid boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta menentukan atau mengubah sempadan mana-mana kariah masjid.

                Di sini lah para umat Islam akan berkumpul sesama mereka untuk mengeratkan silaturrahim. Selalunya, pihak lelaki akan berkumpul di masjid ini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengerjakan solat Jumaat yang merupakan tuntutan bagi mereka. Selain itu, masjid ini sering mengadakan upacara Qurban bila menjelangnya Hari Raya Aidiladha. Di samping itu, jika menjelangnya Maulidur Rasul dan Maal Hijrah, masjid ini akan dijadikan sebagai tempat untuk orang ramai berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti keagamaan di sini. Selain itu, umat Islam berdekatan dengan masjid ini seperti dari kawasan Kebun Sireh, Sungai Rambai dan Bandar Perda sendiri sering menghadiri kuliah-kuliah agama yang diadakan di masjid ini. Dengan cara ini, ia dapat mengeratkan hubungan sesama umat Islam berdekatan.

 PENGERTIAN MASJID
Masjid adalah masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.

Masjid juga adalah sebuah bangunan yang dikhaskan untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala, dan ia merupakan tempat yang mulia dan suci  dalam Islam.Selain dari menjadi lambang kepada syiar Islam, masjid juga sebagai pusat bagi mengembangkan ajaran-ajaran Islam, pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam kerana di dalamnya umat Islam dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan tawaduk, dapat mengerjakan sembahyang berjemaah, memperolehi ilmu pengetahuan dan dapat menerima nasihat dan pengajaran demi untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.

Justeru itulah usaha yang mula-mula sekali dibuat oleh Rasulullah s.a.w. semasa baginda berhijrah ke Madinah al-Munawwarah, ialah mendirikan masjid Quba', iaitu sebuah masjid yang disifatkan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai masjid yang didirikan atas dasar takwa.

Firman Allah,
Ertinya, sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa semenjak mula-mula dibina adalah lebih patut engkau mendirikan sembahyang di dalamnya. Di dalam masjid itu terdapat beberapa orang lelaki yang suka supaya dirinya bersih, sedang Allah kasih  kepada orang yang bersih.

Firmannya lagi,
Ertinya, manakah yang lebih baik, orang yang mendasarkan pembinaan masjidnya atas takwa kepada Allah dan  keredhaannya, atau orang yang mendasarkan pembinaan masjidnya di atas tepi jurang yang runtuh sehingga ia jatuh bersama-samanya dalam neraka jahanam ? sedang Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang aniaya.

Memandangkan kepada pentingnya pembinaan  masjid dalam perkembangan agama Islam Rasulullah telah menggalakkan umatnya supaya mendirikan masjid di mana sahaja mereka berkampung, sebagaimana yang diterangkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah Radiallahu Anha, katanya ;


Etinya ;Rasulullah s.a.w. telah menyuruh umatnya mendirikan masjid di tempat-tempat perkampungan dan hendaklah sentiasa dibersihkan dan diharumkan
( Ahmad dan Abu daud dan Al-Tarmizi )

Dalam hadis yang lain pula Rasulullah telah menerangkan kelebihan orang yang mendirikan masjid atau balasan yang akan didapati oleh orang-orang yang mendermakan hartanya untuk mendirikan masjid seperti tersebut di dalam sebuah hadis :
Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda
Ertinya: "barangsiapa membina sebuah masjid semata-mata ikhlas kerana Allah Taala nescaya Allah taala akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga."
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis tersebut jelaslah bahawa seseorang yang hendak membuat amal jariah mendirikan masjid atau mengeluarkan harta sebagai derma mendirikan masjid mestilah dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah sebagaimana yang dicontohkan oleh nabi Muhammad s.a.w.. Seterusnya elakkan diri dari mengandungi niat atau tujuan yang kotor yang tidak diredhai oleh Allah.

Sebagaimana firmannya ;
Ertinya ;Di antara mereka terdapat juga orang-orang yang mendirikan masjid untuk mendatangkan mudarat dan kufur, dan mencerai beraikan antara orang-orang yang beriman dan sebagai pengintip kepada orang-orang yang memerangi Allah dan Rasulnya semasa dahulu serta mereka bersumpah dengan katanya, "Tiadalah kami bermaksud untuk memperbuat masjid ini melainkan semata-mata kebaikan " sedang Allah mengetahui bahawa mereka orang yang bohong.
Surah At-Taubah ayat 107

LATAR BELAKANG MASJID BANDAR PERDA

                Apabila Bandar Perda dibina dan dibangunkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada suatu ketika dahulu, maka Masjid Bandar Perda juga dibina sekitar tahun 2004. Masjid ini mempunyai kedudukan yang sangat strategic iaitu berdekatan dengan semua tempat dan memudahkan untuk penduduk di Bandar Perda untuk beribadat di sini. Masjid ini mempunyai 2 orang imam, seorang bilal dan seorang siak untuk memudahkan perjalanan di masjid ini. Imam yang selalu menguruskan masjid ini ialah Tuan Haji Mat Daud bin Arshad, Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ismail dan Tuan Haji Mohd. Ismail bin Harun. Selain itu, imam-imam ini turut dibantu oleh seorang bilal iaitu Encik Fadzil bin Rahim dan seorang siak iaitu Tuan Haji Nomli bin Nawi. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ismail bukan sahaja seorang imam di masjid tersebut tetapi beliau juga merupakan Pengerusi bagi Masjid Bandar Perda. Masing-masing mempunyai kerjaya masing-masing.

                Masjid ini mempunyai pelbagai keistimewaan. Antaranya ialah pembinaannya yang sangat unik dan cantik. Masjid ini dapat menampung sekurang-kurangnya 1500 orang jemaah. Oleh itu, orang ramai tidak perlu bersesak-sesak untuk mendapatkan tempat untuk mereka mengerjakan solat kerana keadaan masjid itu yang amat selesa.  Masjid ini juga merupakan tempat untuk para jemaah yang bakal menunaikan haji mengikuti taklimat mereka. Selain itu, masjid ini sering mengadakan kuliyyah mahupun ceramah keagamaan untuk penduduk-penduduk sekitar.

                Keistimewaan masjid ini ialah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, masjid ini akan mengadakan jualan atau lebih dikenali sebagai Bazaar Ramadan di persekitaran masjid ini. Ianya mampu menarik orang ramai untuk berbelanja. Selain itu, masjid ini telah membuka lembaran baru bagi pelbagai pihak contohnya peniaga-peniaga kecil untuk menjual makanan mahupun minuman di Bazaar Ramadan ini.

CARA-CARA MENGHORMATI MASJID

                 Setiap masjid mempunyai papan kenyataan untuk memberitahu cara-cara menghormati masjid.Di masjid hamidi manjalara juga terdpat cara-cara menghormati masjid.Oleh itu setiap orang Islam perlu mendampingi rumah-rumah Allah ( masjid ) hendaklah menjaga kehormatan dan kesuciannya sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad di dalam sabdanya ;
1)      Ertinya:"Apabila seseorang dari kamu masuk ke masjid maka janganlah terus
duduk sehingga ia mengerjakan dua rakaat ( tahiyatul masjid )
2)      Ertinya ;"Dari Abi Qatadah radiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi
Wasallam telah bersabda, "Apabila seseorang dari kalangan kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang dua rakaat ( tahiyatulk masjid ) sebelum ia duduk
3)      Ertinya ;Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu berkata, Rasulullah Sallallahu
'alaihi Wasallam bersabda "Dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah ( masjid ) dari rumah Allah sedang mereka membaca kitab Allah serta mereka mempelajari kandungan isinya, melainkan mereka dilingkungi oleh para malaikat ( pembawa rahmat ) dan turun mereka semangat tenang dan tenteram serta mereka diliputi oleh limpahan rahmat. Dan  juga mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan ( malaikat-malaikat ) yang ada di sisinya".

Kesimpulannya,setiap penduduk masjid hamidi manjalara perlulah menghormati adab-adab berada di dalam masjid untuk mendapat keredhaan dariNya.


HUKUM BAGI SESEORANG PEREMPUAN YANG BERHADAS BESAR MEMASUKI MASJID

                 Terdapat pandangan yang berbeza mengenai hukum perempuan haid duduk atau berhenti di dalam masjid.Ada yang mengatakan hukumnya haram dan ada yang mengatakan harus
Pendapat yang mengatakan hukumnya haram;



Pertama:

الشيخ محمد أرشد بن عبد الله البخارى di dalam kitabnya سبيل المهتدين للتفقه فى أمر الدين
Mengatakan:
“Bermula haram sebab haid dan nifas barang yang haram sebab janabah daripada sembahyang,tawaf dan sujud tilawah dan sujud syukur dan khutbah Jumaat dan menyentuh mashaf dan berhenti di dalam masjid dan membaca al-Quran dan dengan qasad al-Quran.
Adapun lalu sahaja di dalam masjid jika takut bertitik darah haid, maka hukumnya haram kerana memelihara kesucian masjid daripada terkena najis,tetapi jika sekiranya tidak takut menitik darah haid, maka tiada haram cuma hukum makruh sahaja. (hal. 136)
Mengenai orang yang berjunub:
Syahadan bahawa haram atas orang yang berjunub yang Islam lagi baligh berhenti dalam masjid atau berjalan berulang di dalamnya, jikalau pada serambinya sekalipun, melainkan kerana dharurat seperti ada ia dalam masjid maka ihtilam (bermimpi) pada malam itu, jika takut ia akan kebinasaan harta atau dirinya, maka harus dia berhenti di dalamnya. (hal. 79)



Kedua:

الشيخ العلامة زين الدين بن عبد العزيز الملبارى di dalam kitabnya فتح المعين
Meriwayatkan diharamkan ke atas perempuan haid apa yang diharamkan ke atas orang yang berjunub.



Ketiga:

الشيخ محمد الشربينى الخطيب di dalam kitab الإقناع فى حل الألفاظ أبى شجاع
Mengatakan diharamkan ke atas perempuan haid memasuki masjid, duduk atau berulang alik di dalamnya berdasarkan firman Allah s.w.t:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَقْرَبُوا الصَّلاَةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا..} (النساء:آية 43) Maksudnya:
“Wahai orang yang beriman janganlah kamu menghampiri sembahyang (mengerjakannya), sedang kamu dalam keadaan mabuk,hingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (menghampiri masjid), sedang kamu dalam keadaan junub, berhadas besar kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci”.
Dan Hadis Rasulullah s.a.w:
"لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ". (رواه أبو داود عن عائشة رضى الله عنها) Maksudnya:
“Tidak aku halalkan (duduk) di dalam masjid bagi perempuan haid dan orang yang berjunub”.



Keempat:

محمد اسماعيل داود فطانى di dalam kitab مطلع البدرين ومجمع البحرين
Menyatakan: “ Bermula haram dengan sebab haid dan nifas itu dengan barang yang diharamkan atas orang yang junub sekaliannya (dan) ditambahkan pula haram lalu di dalam masjid jika takut titik darahnya. (Maka jika) tiada takut maka makruh jua. (hal. 27)



Kelima:

الإمام زكريا يحى محى الدين بن شرف النووى di dalam kitab المجموع شرح المهذب للشيرازى، الجزء الثانى
Menyatakan, pengarang kitab ini berkata haram duduk perempuan haid di dalam masjid berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
"لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِجُنُبٍ وَلَا حَائِضٍ". Maksudnya:
“Tidak aku halalkan masjid (duduk di dalam masjid) bagi orang yang berjunub dan perempuan haid”.
Adapun melintas sahaja di dalamnya dengan yakin tidak menitis darah haid, maka harus hukumnya, disebabkan ia memakai pakaian yang mencegah daripada darah menitis (seperti cawat, tuala wanita dan sebagainya) kerana yang dilarang duduk ialah orang yang berhadas besar, maka tidaklah dilarang sebagaimana larangan ke atas orang yang berjunub. Kata Imam Syafie: “Adapun lalu perempuan haid tanpa berhenti duduk di dalam masjid hukumnya adalah makruh”.
Berkata guru kami,“Jika perempuan haid takut mengotori masjid, kerana ketiadaan pakaian cawat yang kalis titisan darah atau limpahan darah yang boleh menitik maka haram melintas di dalam masjid tanpa khilaf lagi”. (hal. 288 – 289)


                Para ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum perempuan haid yang masuk ke dalam masjid dan duduk di dalamnya. Ada yang mengatakan haram dan ada yang mengatakan harus.Pendapat yang mengatakan haram lebih ramai dan lebih kuat hujjah mereka berbanding dengan pendapat yang mengatakan harus.Pendapat yang mengatakan haram beralasan kerana perempuan haid adalah berhadas besar seperti juga orang yang berjunub. Sedangkan orang yang berjunub jelas dilarang duduk atau berhenti di dalam masjid. Al-Quran dan al-Hadis jelas melarangnya.Perempuan haid hanya boleh melintasi, menyeberang dan melalui dalam masjid dengan syarat ia yakin dan pasti darah haidnya tidak menitis dengan memakai cawat atau pakaian yang kalis daripada menitis atau melimpah darah haid.Perempuan haid hanya boleh duduk atau berhenti di dalam masjid dalam keadaan darurat dan terpaksa. Seperti menjaga keselamatan dirinya dan harta bendanya daripada bahaya.Kebersihan dan kesucian hendaklah dijaga, samada dari segi zahirnya mahupun batinnya.Jika sekiranya seseorang perempuan sedang beriktikaf di dalam masjid, tiba-tiba dia datang haid, maka dia hendaklah keluar dan meninggalkan masjid. Jika dikiaskan dengan ibadat lain sama juga hukumnya.

Daripada pendapat yang diutarakan, sepertimana penulis asal,saya juga lebih cenderung dan bersetuju dengan pendapat ulama’ yang mengharamkan perempuan haid berhenti dan duduk di dalam masjid, memandangkan hujjah mereka jelas dan kuat berdasarkan al-Quran dan al-Hadis jika dibandingkan dengan pendapat yang mengharuskannya.

PENUTUP

                Konklusinya, masjid merupakan tempat yang suci dari sisi Allah S.W.T. Masjid dari sudut bahasa Arab iaitu sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah).

                Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda Ertinya: "barangsiapa membina sebuah masjid semata-mata ikhlas kerana Allah Taala nescaya Allah taala akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga."
Ayat terakhir di dalam al-Qur'an yang mengandungi perkataan masjid membawa satu peringatan keras mengenainya berbunyi,"Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun." (72:18)

Oleh yang demikian, janganlah seru, atau sebut, siapa saja yang selain daripada Allah di dalam masjid-masjid kepunyaan Allah. Takut mendapat kemurkaan dari-Nya, lalu menurunkan kemurkaan dari langit yang menghapuskan umat manusia.